Skip to main content

Ujian ALLAH

PETIKAN DARI INTERNET

...apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

...andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

...Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

...Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

...Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

...Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

...“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

...“Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (Al Baqarah : 153)

...Persoalan yang selalu kita dengari jika seseorang itu menghadapi kegagalan ialah; kenapa aku gagal sedangkan aku telah berusaha bersungguh-sungguh?, berdoa siang dan malam, akan tetapi kejayaan tidak juga muncul tiba. Di mana silapnya aku? Adakah Tuhan tidak menyayangi aku?

...Dugaan kegagalan mengajar kita erti berusaha lebih kuat. Kegagalan mengajar kita erti berdoa setelah kita lalai daripada mengharapkanNya. Kegagalan juga mengajar kita erti kesabaran dan keredhaan dengan segala dugaaNnya. Kegagalan turut mengajar kita erti kesyukuran setelah mendapat nikmat kejayaan. Kegagalan itulah yang mengajar kita erti kembali kepadaNya setelah diri lupa dan leka mengingatiNya.

Firman Allah Taala bermaksud:

"Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
(Surah al-Araf: Ayat 168).

Comments

Nida n' Hanafi said…
setiap ujian datang bersamanya hikmah yg tersembunyi

Popular posts from this blog

Catatan dari Malaysia...

Assalamualaikum wrt dan kia ora, Khas buat mama aqil dan semua, it took me alot of courage to pen this....tak pe mama aqil memang pandai pujuk ayah...sekadar untuk berkongsi tentang updates setelah seminggu di tanahair tercinta Malaysia dan johor bahru khususnya. Memang sangat berat rasanya dugaan Ilahi kali ini pada saya, walaupun untuk perpisahan yang pendek tetapi terlalu berat untuk dipikul. Saya amat berterima kasih kepada sokongan rakan-rakan di North Shore, hanya Allah SWT yang mampu untuk membalas budi baik kalian semua. Sebenarnya, ini bukannya kali pertama saya balik ke tanahair, ini adalah kali kedua saya balik. Kali pertama pada bulan Jun, waktu itu balik kerana adik ipar kahwin dan juga untuk bawa balik adik saya, Dora ke Klang Selangor... kepulangan kali pertama ke tanahair saya rasakan tiada perbezaan besar atau mungkin langsung tak de beza, mungkin kerana baru lagi di auckland dan kami balik satu keluarga... Kepulangan kali ini amat berbeza kerana pelbagai fakto

Jalan-jalan ke Museum Auckland

Last week kami beramai-ramai ke museum Auckland, sbb free for resident Auckland!! Ambil peluang..walaupun kalau kena bayar  hanya $5 utk dewasa dan budak bawah umur 16 tahun free, but museum..dah tahu, tak best punya..hahah.. The museum ada 3 tingkat, kami sempat pegi 2 floor sahaja. I don't think NZ banyak history, sbb ada brg2 yg dipamerkan were from the 70's!! Zaman mama tu..ehh..dah tua dah ya..boleh masuk museum kisah ku!! Sebelum ke museum, we went to the starship hospital melawat adik khael, 8 mth baby boy yang bertarung nyawa dgn penyakit exzema..sedih tengok . a very strong boy with strong parents. Betullah, ALLAH takkan uji hambaNya dgn sesuatu yang tak mampu diharungi!! Semoga cepat sembuh! Then after we went for lunch at auckland domain where the museum is. Makan pau strawberry!! Sedap cik june buat..nanti nak order!!

Mohamad Wafi bin Mohd Nihra Haruzuan

Alhamdullilah, putera kedua selamat dilahirkan pada 25 Januari 2011 (Tuesday), jam 4.12pm di North Shore hospital, NZ. Baby yang tidak dirancang, dan melalui pelbagai emosi hormon yg tidak stabil was one week late ( due date was 17 Jan ). Tapi rancangan ALLAH adalah yg terbaik.. my parents arrived on Monday, 24 Jan, the next day I delivered. On Saturday night, ada 'bloody show'. Then on Sunday, ada lagi, but no contraction. Wasn't sure if it was a 'bloody show' 'cause dishcarge bercampur dgn darah.  I look up on the internet, that 'bloody show' was either pure blood or discharge with a slight blood. On Monday baru ada contraction, but during the day was like once in a while. That night was about every 15 minit, but I managed to have a good sleep until subuh, then it was every 5 minit. At 8 am, went to the hospital, but had to wait until 10 am baru masuk bilik delivery. A midwife temankan, then rupa2nya dia yg akan menyambut baby tu!! Terperanjat juga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...