Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Musim Strawberry

Strawberry mula di jual last month, tapi lepas christmas baru boleh pegi picking. Sini kalau nak makan buah kena ikut musim..if not mahallah!! Masuk ke farm strawberry, percuma dan boleh makan sebanyak mana perut boleh isi!! Tapi utk bawa balik, kena bayar $7.50/sekilo. Bila makan kat sana, manis sangat rasanya!! Yg bawa balik, rasa masa-masam manis pula. Area Auckland hanya ada strawberry picking sahaja. Kalau ke south sikit, ada macam2 berry picking-resberry, blueberry... Kiwi pun ada musim ya!! Tapi tak tahu kat mana ladang kiwi. Even the sayur pun ada musimnya..contohnya timun..masa winter hari tu sebatang boleh sampai $3.99, sekarang dah summer, 99sen boleh dapat. Macam biasa..lepas dah penat mengutip..picnic di long bay..

Note RM 50

Dapat bila withdraw duit hari nie, memula rasa mcm mesin ATM salah bagi duit...ingatkan duit negara mana rupanya design baru... atau memang dah guna design nie cuma tak tau lagi??? Kualiti gambar yang diambil memang boleh dibuang ke dalam tong sampah haha.. guna handset dan lepas tue main ambik jek...langsung tak cantik!

Setahun...

27 Dec 2008 kami selamat mendarat di bumi City of Sails. Ajeep yg menyambut kami dan terus membawa kami ke rumah Kak Asiah/Abg Mie. Petang tu juga kami sign agreement rumah sewa yg telah di cari oleh Kak Asiah dan Liza. At the same time kami berkenalan dgn semua warga North Shore yg menyambut kami. Alhamdullillah..dah setahun kami disini..the first few months rasa lambatnya nak habiskan 3 tahun..kini, tinggal lagi 2 tahun!! terasa cepatnya masa berlalu!! Aqil one year ago We came here with Dora. She stay with us for 5 months, tolong jaga Aqil dan tolong masak. Best betul masa tu..weekend je berjalan. Sekarang tinggal kami bertiga, rumah pun dah pindah. If people ask mcamana NZ??.. susah juga nak jawab.. For me, I like it here. Suasana aman, the weather is nice, but the cost of living mahal juga. But in the end..niat datang nak belajar, bukan utk simpan duit atau buat duit atau kumpul harta..So in term of belajar..alhamdullilah..so far, so good. Thanks for abg yg banyak ...

Jalan-Jalan di Kota Singa

Khas untuk tatapan Mama Aqil dari ayah, semoga mama cepat sihat dari batuk-batuk. Gambar-gambar ini diambil di sekitar jalan Orchard: Di hadapan Ion Orchard Shaw House Salah satu hiasan di sepanjang jalan Orchard Kalau Aqil ada mesti Aqil dah panjat macam budak-budak nie Lihat banyak ye lampu-lampu jalanan yang menghiasi jalan Orchard nie... Ferroche??? Santa ada empat!!! Reindeer!!! Bas untuk sightseeing, banyak lalu-lalang Macam pernah nampak air pancut ini... tapi di mana ya??? Dalam bangunan Ngee Ann, tempat visa untuk ke NZ Sepatutnya boxing day tapi tak macam shopping bonanza pun... Sekitar Bugis Junction, tempat fav mama:  Semasa hujan!!! Lepas hujan reda sikit...dan perut lapar, teringat makanan fav mama.. Ini dia makanan fav mama kalau berkunjung di bugis junction, crayfish pasta... Crayfishnya kecil sangat, agaknya memang saiz untuk org asia... Soup fav mama, pumpkin takde tapi ayah cuba clam chowder soup ...

Happy Birthday Mak Lang!!!

"Happy Birthday Mak Lang, Happy birthday to you, May all your wishes come true! Good luck dalam final exam" love Aqil

Catatan dari Malaysia...

Assalamualaikum wrt dan kia ora, Khas buat mama aqil dan semua, it took me alot of courage to pen this....tak pe mama aqil memang pandai pujuk ayah...sekadar untuk berkongsi tentang updates setelah seminggu di tanahair tercinta Malaysia dan johor bahru khususnya. Memang sangat berat rasanya dugaan Ilahi kali ini pada saya, walaupun untuk perpisahan yang pendek tetapi terlalu berat untuk dipikul. Saya amat berterima kasih kepada sokongan rakan-rakan di North Shore, hanya Allah SWT yang mampu untuk membalas budi baik kalian semua. Sebenarnya, ini bukannya kali pertama saya balik ke tanahair, ini adalah kali kedua saya balik. Kali pertama pada bulan Jun, waktu itu balik kerana adik ipar kahwin dan juga untuk bawa balik adik saya, Dora ke Klang Selangor... kepulangan kali pertama ke tanahair saya rasakan tiada perbezaan besar atau mungkin langsung tak de beza, mungkin kerana baru lagi di auckland dan kami balik satu keluarga... Kepulangan kali ini amat berbeza kerana pelbagai fakto...

Krismas di NZ

Usually time krismas, our family would go to Singapore, not for shopping, tapi tengok lampu-lampu krismas.  Just pegi Orchard Road waktu malam. All the stores on that road ada buat hiasan krismas..with the krismas tree, santa..dan mcm2 lah. Even kat KLCC pun meriah juga hiasannya kan(sampai kena komplen lebih meriah dari raya!!). Anyway, we decided to check out how org NZ celebrate..so we went to Auckland city..and this what we saw.. This is krismas tree yg dihidupkan sepenuhnya oleh lampu lip-lap Santa klause dah tido(around 9pm) Antara deretan kedai di Queen Street(main shopping street) Picture's not nice 'cause ambik dlm kete sahaja..As u can see..memang takdelah hiasan lampu..even the kedai pun, simple saje..banyak yg tak ada hiasan..Terperanjat jugalah..its their major celebration..yet..again..orang NZ..memang jenis relaks saje..simple is enough!! TAPI, bercuti krismas cukup LAMA! For 2 weeks!! Starting tomorrow until 5 January baru buka ofis!! I think its becaus...

Setelah beberapa hari kemudian..

I'm not going to count the days ayah coming home 'cause ada lagi 14 weeks!! Tapi the first few days memang terasalah..dah biasa ada pembantu..opps..penolong(sopan sikit kan..hehe), dan sekarang semua kena buat sendiri, rasa tak terbuat..tapi buat jugalah sbb sapa lagi nak buat! Waktu malam rasa takut sikit, tapi sekarang ni isya kul 10.40pm, subuh 4pagi so waktu malam tak lama sangat dan aqil pun 10.30 mlm baru nak tido..but still, not the same without ayah!! On Sunday, keluar amik aqil 's thomas kat west harbour.Beli kat trademe-secondhand! Itu yg kena pegi amik. Dah lama tak bawa kete, berdebar-debar juga..then petang tu pegi picnic kat long bay with the geng..semua duk asyik cakap "kesian aqil, ayah takde"..mamanya pun kesian jugaklah!!! hahaha..Uncle Syukor siap kata anak yatim si aqil!! sabarjelah..dia nak sedekah lagi..aqil terima saje uncle syukor..rezeki..heheh..tapi uncle syukor kalau nak sedekah tu..apa2 barang Thomas dialu-alukan ya!!! ;) ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...