Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Raya di NZ

Kami telah menyambut raya pada hari Isnin, 21 September. Sungguh tak sangka, raya hari Isnin..punyalah confident raya Ahad, hari Sabtu dah masak ayam masak merah, daging rendang dan ketupat. Buat juga lodeh utk berbuka posa. Mlm tu ingat nak buat kuah kacang utk raya esok, mlm tu dah siap blender kacang..tp tertido, kat 12 terjaga, masih tak tahu raya atau tidak.. Kul 12 barulah laman web FIANZ tulis no moon sighting, Monday baru raya!! Frust gila!!! hahah..bak kata Zakhir, dapatlah pahala lebih sikit, posa lagi sehari!! Alhamdullilah, kami org North Shore berkumpul di rumah Abg Mie/Kak Asiah. Macam-macam makanan ada..ayam dari palembang pun ada..sehari suntuk jugalah kami beraya..dr rumah abg mie ke rumah azwan/liza lepas tu abg hisham/kak lila dan singgah juga rumah kak wan. Pengalam pertama beraya di perantauan..not bad..terasa meriahnya..tp esoknya dah g school ya!! Raya dah habis!!!

Aqil dgn baju spiderman dan maruku nenek

2 hari sebelum raya, kami terima bungkusan dari Malaysia. Alhamdullilah, dapatlah kerepek dan kuih raya. Nenek juga bagi Aqil baju spiderman..apa lagi..terus pakailah..maruku (fav Aqil) juga habis dimakan sebelum raya!! Lain kali hantar satu balang ya nek!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

First raya diperantauan...selama sebulan berpuasa, tak terasa sangat sedihnya..rindu juga nak g pasar ramadhan..tapi alhamdullilah, masak utk berbuka lauk dan kuih sedap2(puji sendirilah ya!!)..tak terasa sangat!! Tapi, bila dah tinggal 2 hari lagi nak raya...sedihlah pulak!!! Bukan sedih tak dapat makan ketupat, lemang, rendang, ..etc..tapi sedih tak dapat bersama keluarga di pagi raya. Insyallah di sini kami akan berkumpul bersama-sama adik-beradik lain mak dan bapak di rumah Kak Asiah/Abg mie.. (thanks alot to them!!) Buat keluarga di M'sia ...selamat hari raya..selamat memandu balik raya..selamat makan juadah raya(tahun lepas semua kena keracunan makanan..hahah), ..kami mohon maaf 'body and soul'!!..insyallah, 2x raya je lagi tinggal!! ;) Buat sahabat-sahabat kami..salam lebaran, maaf dipinta..jemputlah ke rumah!! (banyak kuih raya!! belum sampai je lagi!! geram betul ngan pos!!) Nak g pasar ni..pasar 'pak n save', pasar 'tofu shop', pasar 'fr

Pasar Ramadhan di Auckland

Jangan tak tahu... kat Auckland ada juga pasar ramadhan!! Tapi ia terlalu istimewa..sekali je dlm sebulan!!! hahha.. Pasar ramadhan ni adalah anjuran ahli-ahli MAPSA - www.mapsa.org. Macam-macam makanan ada...murtabak, laksa, nasi ayam dan satey pun ada.. ramai juga yg datang membeli..Alhamdullillah..dapat juga mkn laksam yg lama diidamkan.. tapi mlm tu dapat mkn lontong yg lagi sedap!!! ;-)

Aqil the "Superman" or boy...

Suatu ketika dulu, aqil minat Ben10..dan tiba2..minat ngan superman pulak!! Ni gara-gara tengok kartun kat tvlah.. sekarang ni mama g ofis lewat sikit sbb aqil nak tengok kartun dulu kul 7.50-8.10pagi..hahah.. Ahad baru ni, pegilah cari baju superman kat BrownsBay. Nasib baik ada saiz..terus pakai anakku!!!

Happy Father's Day (Again!!)

Rupa-rupanya sambutan hari bapa berbeza-beza di seluruh dunia. Kat Malaysia, bulan Jun, sini September. Nursery Aqil ada buat sambutan hari Jumaat lepas..semua bapa2 dijemput ke sekolah for 2hrs utk bermain dgn anak-anak..seronoklah aqil main ngan ayahnya dan juga besfren dia Kieran (jd ayah angkat jap kat Kieran sbb ayah Kieran x dtg)..heheh..nampak sangat ayah dan anak jawoo!!! heheh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...